

"MENGAPA PERLU BELAJAR BIDANG PERNIAGAAN"
Perkembangan perniagaan yang memberangsangkan di Malaysia menunjukkan perniagaan adalah aktiviti penting di dalam menjana ekonomi individu, keluarga, masyarakat dan negara.
Akan melahirkan lebih ramai lagi usahawan di dalam negara dan seterusnya meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara. Ia dapat meningkatkan taraf kehidupan rakyat melalui peluang pekerjaan yang dapat disediakan oleh usahawan-usahawan yang lahir dari program ini.
Membantu pelajar di dalam mengembangkan perniagaan hingga ke peringkat yang lebih tinggi.
Sebagai persediaan bagi pelajar untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah di dalam bidang pentadbiran dan pengurusan perniagaan, perakaunan, ekonomi, keusahawanan serta bidang-bidang sosial yang di universiti.
Negara amat memerlukan tenaga mereka yang pakar di dalam bidang perniagaan. Kepakaran mereka di dalam mengkomersilkan barang-barang keperluan harian amat diperlukan bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara.
Lulusan daripada program ini bebas untuk membuat keputusan untuk bekerja sendiri. Mereka juga diharapkan mampu menyumbang idea-idea baru di samping menyumbang idea-idea baru di samping menggunakan ilmu yang telah dipelajari dan diaplikasi di institusi pengajian seterusnya dan semoga pelajar ini mampu menjadi pelapis kepada tenaga professional yang sedia ada dan seterusnya dapat menjadi penjana kepada kemajuan negara.
Bidang pengurusan ini juga akan melahirkan graduan yang bercirikan keusahawanan yang mempunyai nilai tambah dan memiliki kemahiran insaniah. Dengan ini mereka akan menjadi penggerak utama membangun dan memajukan bidang keusahawanan dan pengurusan perniagaan di negara ini.
Sabda Rasulullah saw,
"sembilan persepuluh rezeki datangnya dalam bentuk perniagaan"
al- hadith
Learning outcomes:-
a) Menggunakan pengetahuan dan kecekapan di dalam bidang perniagaan bagi mengisi kekosongan bidang-bidang berkaitan di negara ini.
b) Menerapkan pengetahuan dalam pembelajaran sebagai landasan bagi mempraktikkan ilmu kepada kehidupan.
c) Menunjukkan cara berkomunikasi dengan berkesan dengan ketrampilan sebagai pemimpin.
d) Berkelbolehan untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan pemikiran yang kritis dengan menggunakan langkah-langkah yang tepat.
e) Menggunakan kesedaran ilmiah dan menghargai kepentingan pendidikan secara bertetusan selari dengan pembangunan ilmu secara global.
f) Menjadi modal insan yang lengkap dengan kemahiran mengurus dan berdaya saing.
Post a Comment